Wajah baharu FBS

Terokai falsafah baharu kami. Skrol ke bawah untuk lihat perubahan kami
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Panggilan Margin

Apakah itu Panggilan Margin?

Pedagang boleh membeli sekuriti bukan sahaja dengan wang mereka sendiri, tetapi juga dengan dana yang disediakan oleh broker, iaitu leveraj. Ia meningkatkan kadar keberuntungan dan risiko. Apabila risiko meningkat sehingga terkeluar daripada skala, panggilan margin (margin call) berlaku. Pertama sekali, anda perlu tahu definisi margin.

Jika sebut harga bergerak dalam arah yang salah ketika suatu urusniaga perdagangan margin sedang berlangsung, suatu yang berlaku di luar jangkaan pedagang, mereka mula mengalami kerugian. Kerugian mengurangkan margin, dan apabila ia mencapai nilai kritikal, pedagang menerima pemberitahuan daripada broker bahawa beliau perlu mendepositkan dana ke dalam akaun. Pemberitahuan ini dipanggil panggilan margin (margin call).

Pemberitahuan dihantar menerusi terminal perdagangan atau emel. Pada peringkat ini, broker hanya memberi amaran kepada pelabur. Panggilan margin boleh diterima, antara lain, sewaktu perdagangan opsyen margin.

Bilakah panggilan margin berlaku?

Panggilan margin boleh disebabkan oleh:

  • situasi harga yang tidak memihak kepada kita, biasanya pergerakan harga yang tajam;
  • perubahan yang membesarkan nilai keperluan margin (margin requirement) oleh bursa atau broker untuk mana-mana instrumen dalam portfolio.

Jika panggilan margin hanya amaran bahawa pedagang mungkin berhadapan dengan masalah, ketika stop out pula broker akan menutup beberapa atau semua posisi yang dibuka oleh pedagang secara automatik. Jika broker tidak menutup posisi yang tidak menguntungkan secara paksa, ia mungkin akan melebihi amaun deposit awal, dan broker perlu menampung perbezaan ini dengan wang mereka sendiri.

Formula panggilan margin

Terdapat formula yang boleh digunakan untuk mengira berapa banyak saham perlu jatuh sebelum panggilan margin boleh berlaku:

Nilai minimum akaun = Pinjaman margin / 1 - Keperluan margin pengekalan

Iaitu, jika nilai atau ekuiti akaun menjadi sama dengan keperluan margin, panggilan margin akan berlaku.

Contoh panggilan margin

Berikut satu contoh mudah yang membantu menggambarkan intipati maksud panggilan margin.

Anda mempunyai $1000 di akaun perdagangan anda dan membuka posisi dengan margin yang diperlukan (required margin) sebanyak $300. Anda boleh menggunakan kalkulator margin untuk mengira berapakah margin yang diperlukan yang boleh memberikan kesan kepada posisi. Selepas pembelian, akaun anda akan masih mempunyai $1,000 yang sama, tetapi $300 akan disekat dan anda tidak akan dapat membeli saham lain dengannya. Perbezaan antara $1000 dan $300 dipanggil margin bebas. Dalam contoh ini, margin bebas adalah $700.

Jumlah margin meningkat atau berkurangan apabila keuntungan atau kerugian meningkat. Anda mendapat akses kepada margin hanya selepas anda menutup posisi (contohnya, apabila anda menjual saham yang anda beli).

Nilai kritikal yang membawa kepada panggilan margin adalah peratusan daripada jumlah margin. Setiap broker mempunyai keperluan margin pengekalan sendiri, biasanya sekitar 20-30%.

Dalam contoh kita, pedagang mempunyai $1,000 di akaun mereka dan membuka posisi menggunakan margin sebesar $300. Panggilan margin akan terpicu apabila total margin di akaun mencapai aras tertentu. Jika broker telah menetapkan keperluan margin pengekalan pada aras 30%, maka panggilan margin boleh dikira sebagai 30% dari $300. Itu bersamaan dengan $90. Jika mereka mempunyai dua posisi aktif $300, panggilan margin akan dihantar pada aras $180, dan seterusnya.

Sila maklum bahawa panggilan margin akan terpicu apabila total margin pada akaun untuk semua posisi aktif mencapai 30%! Ini bermakna anda perlu menutup posisi anda dan meningkatkan pengetahuan perdagangan anda dengan panduan pendidikan forex.

Bagaimana cara untuk mengelakkan panggilan margin?

Ada beberapa cara untuk mengelakkan panggilan margin:

  • Bersiap sedia untuk kemeruapan dan berhati-hati dalam meramalkan pergerakan harga aset sebelum membuka urusniaga perdagangan.
  • Tetapkan pencetus anda sendiri. Pedagang yang berpengalaman tidak pernah mengabaikan penetapan renti rugi dan ambilan untung, kerana pasaran boleh menjadi semakin meruap dari masa ke masa.
  • Pantau akaun anda dengan kerap, atau lebih baik lagi, masukkan lebih banyak wang ke dalam akaun perdagangan anda, lebih daripada yang diperlukan untuk suatu transaksi.
  • Gunakan alat-alat bantuan dalam talian. Sebagai contoh, kalkulator dalam talian. Dengan memasukkan data yang diperlukan, anda akan menerima maklumat mengenai keuntungan atau kerugian yang mungkin terhasil.

Bagaimana cara untuk memenuhi panggilan margin?

Perlu diketahui bahawa menerima panggilan margin tidak menjejaskan status pedagang dan tidak menjadikan mereka kurang dipercayai. Ia hanya berfungsi sebagai pemberitahuan bahawa bahana besar akan tiba dan keputusan perlu dibuat dengan segera.

Terdapat beberapa pilihan selepas menerima amaran tersebut:

  1. Tambah dana ke akaun perdagangan anda. Dengan meningkatkan dana yang tersedia, tahap margin akan meningkat, dan broker akan memansuhkan amarannya.
  2. Tutup satu atau lebih posisi yang rugi. Dalam kes ini, di satu sisi, kerugian pada urusniaga yang ditutup tidak akan meningkat lagi. Tetapi di sisi lain harga boleh sahaja berpatah balik.
  3. Untuk tidak mengambil sebarang tindakan. Anda boleh menunggu harga melantun semula dan sama ada itu akan meletakkan anda dalam keadaan untung atau setidak-tidaknya meminimumkan kerugian, sekiranya harga tidak berpatah balik dan hanya memasuki fasa pembetulan. Walau bagaimanapun, tanpa pemahaman yang jelas tentang apa yang boleh dijangkakan daripada pasaran, strategi sedemikian tidak bermakna dan berisiko berakhir dengan stop out.

Soalan mengenai panggilan margin

Adakah berisiko untuk berdagang saham dengan margin?

Seperti mana-mana senario lain, perdagangan margin melibatkan beberapa risiko:

  • jumlah kerugian meningkat sekiranya transaksi tidak berjaya;
  • jika nilai portfolio yang cair jatuh di bawah margin minimum, broker boleh menutup posisi secara paksa.

Walau bagaimanapun, ia juga ada kelebihannya:

  • amaun keuntungan berpotensi lebih besar kerana posisi dibuka menggunakan dana yang dipinjam;
  • keupayaan untuk berdagang bukan sahaja dengan kenaikan harga, tetapi juga dengan penurunan harga melalui urusniaga short.

Bolehkah pedagang bertangguh untuk memenuhi tuntutan panggilan margin?

Dalam kes panggilan margin, anda perlu menghapuskan defisit margin secepat yang mungkin. Jika tidak, broker mempunyai hak untuk menyingkirkan sekuriti atau aset lain dalam akaun anda. Kadang-kadang anda diberi beberapa hari untuk memenuhi panggilan margin, tetapi demi kebaikan anda sendiri, anda perlu bertindak dengan segera.

Bagaimana untuk menguruskan risiko perdagangan margin?

Untuk mengurangkan risiko perdagangan margin, kawal posisi anda di terminal perdagangan, gunakan renti rugi dan pantau tahap margin secara bebas. Dan yang paling penting, cuba untuk tidak sesekali menggunakan dana kredit sehingga ke tahap maksimum.

Adakah tahap keseluruhan hutang margin mempengaruhi kemeruapan pasaran?

Sekiranya berlaku penurunan pasaran yang ketara, pelabur mula menjual saham untuk memenuhi panggilan margin. Seterusnya, jumlah jualan yang besar menyebabkan penurunan pada harga, dan ini membawa kepada peningkatan keperluan margin (increase in margin requirement). Justeru, satu kitaran ganas terbentuk, dan antara akibatnya adalah meningkatnya kemeruapan di pasaran.

Kesimpulan

Perdagangan margin adalah alat yang sangat berkuasa yang direka untuk memaksimumkan keuntungan dengan modal pelaburan yang rendah. Walau bagaimanapun, ia tidak menjamin keuntungan. Anda harus menggunakan perdagangan margin dengan berhati-hati, kerana ia juga melibatkan risiko yang serius. Untuk mengelakkan panggilan margin yang tidak menyenangkan, adalah perlu untuk semua posisi aktif berada di dalam kawalan penuh anda dan menutupnya tepat pada masanya.

FBS di media sosial

Hubungi kami

@@@@

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.