Wajah baharu FBS

Terokai falsafah baharu kami. Skrol ke bawah untuk lihat perubahan kami
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Saiz Tick

Apa itu saiz tick?

Saiz tick adalah pergerakan terkecil yang boleh berlaku pada harga saham atau sekuriti dalam perdagangan; ia tidak sama untuk semua instrumen, bergantung pada pasaran kewangan, jenis sekuriti, volum, dan nilai urusniaga.

Saiz tick di pasaran AS dinyatakan di dalam sebutan dolar atau sen. Saham biasanya didagangkan dengan tangga kenaikan (increment) satu sen, manakala saiz tick matawang pula dinyatakan dalam sebutan pip dan kadar faedah pula dinyatakan dalam sebutan mata asas (bps).

Bagaimanakah saiz tick diukur?

Kebanyakan pasaran pada hari ini menggunakan sistem perpuluhan.

Bergantung pada pasaran yang dirujuk, saiz tick boleh bernilai 0.1, 0.01 atau apa-apa unit perpuluhan lain. Sebagai contoh, jika satu sekuriti sedang didagangkan pada harga 6.035 di pasaran di mana saiz ticknya adalah 0.001, perubahan harga akan direkodkan sebagai 6.036 apabila ia bergerak satu tick ke atas, atau 6.034 apabila ia susut sebanyak satu saiz tick. Penerbitan pasaran ada menyatakan saiz tick untuk rujukan.

Saiz tick di Forex

Satu pip adalah bersamaan dengan 1/100, satu mata asas, atau 0.01%. Pasaran forex menggunakan konvensyen sebutharga empat tempat perpuluhan dan saiz tick dinyatakan dalam pip.

Sebagai contoh, harga bid untuk EUR/USD boleh dinyatakan sebagai 1.1257. Sesetengah broker forex juga menawarkan harga dalam pip berbentuk lima tempat perpuluhan. Sebagai contoh, harga yang disebut di atas boleh dinyatakan dengan lebih terperinci sebagai 1.12573. Setiap pip boleh dipecahkan menjadi 10 poin. Nilai poin berbeza-beza bergantung pada pasangan matawang yang dirujuk.

Untuk melihat carta tick di MetaTrader 4 atau MetaTrader 5, buka tetingkap 'Market Watch' dan pilih tab 'Ticks' di bahagian bawah.

159.png

Mengapa pelabur perlu ambil peduli?

Adalah penting untuk pelabur, yang mengikuti pasaran antarabangsa, mengetahui saiz tangga kenaikan (increment size) dan kekerapan pasaran mengemas kini laporannya. Maklumat ini kritikal untuk keputusan pelaburan dan perdagangan. Selain itu, pedagang algo menggunakan data tick untuk menguji dan mengoptimumkan sistem perdagangan automatik dan Expert Advisor.

Pasaran menggunakan saiz tick dalam pelbagai cara. Selain dari membantu pelabur menjejaki pergerakan harga saham dan sekuriti, ia juga boleh digunakan untuk menguatkuasakan peraturan perdagangan tertentu. Di kebanyakan pasaran, sesetengah jenis urusniaga tertentu hanya dibenarkan atau dilarang ketika pasaran bergerak dengan cara tertentu. Sebagai contoh, ada beberapa pasaran yang membenarkan jualan short hanya apabila harga sedang meningkat, yang bertujuan untuk mencegah pedagang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas pasaran dan juga untuk mengelakkan panik, seperti yang boleh berlaku selepas beberapa siri kemelesetan yang meresahkan pelabur.

FBS di media sosial

Hubungi kami

@@@@

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.